My Persona Style Community (MyPS)ditubuhkan atas dasar berkongsi minat yang mendalam dalam arena permotoran khasnya kepada pemilik Proton Persona. MyPS ini lebih kepada aktiviti rekreasi dan berkumpul sesama ahli untuk bertukar-tukar pendapat.

Blog ini dibangunkan sebagai satu wadah untuk berkongsi pengalaman dan membantu ahli untuk mendapatkan info-info terkini. Semoga kewujudan MyPS ini dapat memberi manfaat yang sewajarnya kepada semua dan menghindari dari gejala-gejala yang tidak sihat.

Kepada yang ingin menyumbang artikel, gambar emailkan ke kelabmyps@yahoo.com.my

Sebarang pertanyaan, jemputan, kerjasama kelab boleh menghubungi CheguDeen 016701713 atau sdr Rasyid Stylo 012730304



MyPS~It's Evolution Style

Memartabatkan Kekeluargaan dan Persahabatan

Semua team MyPS n Friends sila beri sokongan untuk xtvt yang berikut~

Semua team MyPS n Friends sila beri sokongan untuk xtvt yang berikut~

My PERSONA STYLE CALENDAR

Sunday, May 29, 2011

MAJLIS YAASIN DAN DOA SELAMAT MyPS


Syukur kehadrat Allah SWT diatas limpah nikmat kurnianya. MyPERSONA STYLE COMMUNITY (MyPS) yang ditubuhkan pada awal 2009 dan didaftarkan secara rasmi mengikut Akta Belia dan Sukan pada 16 Jun 2009 telah mengadakan Majlis Kesyukuran dan doa selamat sempena ulang tahun penubuhan MyPS kali ke 3 pada 28 Mei 2011 (Sabtu).

Majlis doa selamat ini juga bertujuan merapatkan ukhwah kerabat MyPS disamping memanjatkan kesyukuran kepada Allah SWT diatas perlindungan yg diberikan kepada ahli kerabat MyPS memandangkan dunia kelab permotoran terdedah kepada risiko kemalangan dan kecurian.

Seramai lebih 50 orang ahli keluarga MyPS termasuk dari Kuala Lumpur, Mersing, Muar dan Pontian telah hadir dalam majlis mulia ini yang diadakan di rumah CheguDeen di Mutiara Rini.

Majlis dimulakan dengan solat Isyak berjemaah, bacaan Yaasin dan tahlil. Kemudian diikuti dengan jamuan Potluck makanan yg dibawa oleh para ahli.

Semoga aktiviti yang mulia ini dapat diteruskan pada masa akan datang dan menjadi satu amal ibadah yg berterusan kepada semua ahli MyPS..INSYAALLAH











Wednesday, May 25, 2011

BATTLE PAINTBALL MyPS