My Persona Style Community (MyPS)ditubuhkan atas dasar berkongsi minat yang mendalam dalam arena permotoran khasnya kepada pemilik Proton Persona. MyPS ini lebih kepada aktiviti rekreasi dan berkumpul sesama ahli untuk bertukar-tukar pendapat.

Blog ini dibangunkan sebagai satu wadah untuk berkongsi pengalaman dan membantu ahli untuk mendapatkan info-info terkini. Semoga kewujudan MyPS ini dapat memberi manfaat yang sewajarnya kepada semua dan menghindari dari gejala-gejala yang tidak sihat.

Kepada yang ingin menyumbang artikel, gambar emailkan ke kelabmyps@yahoo.com.my

Sebarang pertanyaan, jemputan, kerjasama kelab boleh menghubungi CheguDeen 016701713 atau sdr Rasyid Stylo 012730304



MyPS~It's Evolution Style

Memartabatkan Kekeluargaan dan Persahabatan

Semua team MyPS n Friends sila beri sokongan untuk xtvt yang berikut~

Semua team MyPS n Friends sila beri sokongan untuk xtvt yang berikut~

My PERSONA STYLE CALENDAR

Showing posts with label Pemberitahuan. Show all posts
Showing posts with label Pemberitahuan. Show all posts

Friday, August 26, 2011

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Assalammualaikum.Terimalah ucapan "Selamat Hari Raya Aidilfitri Dari Kami.....

Dengan ini ADMIN MyPS mengucapkan "Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri" kepada semua WARGA MyPS Semoga Hari Raya Aidilfitri tahun ini memberi sinar kebahagiaan dan keamanan untuk kita semua. Denganini juga ADMIN MyPS juga ingin memohon ampun dan maaf di atas segala kesilapan yang mungkin telah berlakukan tanpa diseda...ri atau pun tidak disedari.
Di hari yang mulia sepuluh jari ku hulurkan semua,
Memohon kemaafan atas segala dosa yang ada
Kerana aku masih bernama manusia
Pastinya tak lepas membuat dosa
Semoga dimaafkan,

Jika HATI sejernih AIR, jangan biarkan IA Keroh,
Jika Hati Seputih AWAN, jangan biarkan IA Mendung
Jika HATI seindah BULAN, hiasi IA dengan IMAN
Salam Aidil Fitri Mohon Maaf zahir & Batin

IKHLAS Dari Kami:
SALAM AIDILFITRI DARI ADMIN MyPS untuk semua WARGA MyPS

Wednesday, January 5, 2011

MyPS @ SINAR HARIAN

SINAR HARIAN
Tarikh: 5 Januari 2011
Tajuk: MyPS Terokai Keunikan Tanjung Piai


Saturday, December 18, 2010

JEMPUTAN BADAN PESERUHJAYA SUKAN

Sukacita dimaklumkan 2 Jawatankuasa tertinggi MyPS telah dijemput oleh Kementerian Belia dan Sulan melalui Pejabat Pesuruhjaya Sukan untuk menghadiri xtvt tersebut
Program: Bengkel Pengurusan Kelab
Tarikh: 21 Desember 2010
Tempat: Royal Puteri Beach resort, Pantai Puteri, Tanjung Kling Melaka

Seubungan dengan itu dua orang yang akan mewakili MyPS ialah
1) Chegudeen
2) rasyid Stylo
Tq




Tuesday, December 7, 2010

MyPS Back To Nature- Konvoi ke Penghujung Benua Asia

Sukacita sekali lagi MyPS akan mengadakan xtvt Back To Nature- Konvoi ke Penghujung Benua Asia

Xtvt: MyPS Back To Nature-Konvoi Ke Penghujung Benua Asia
Tarikh: 19 Desember 2010 (Ahad)
Penyertaan: MyPS dan rakan Personarian

Objektif program:
-Mengadakan xtvt masa lapang yg bermanfaat bersama ahli
-Mengelak gejala tidak sihat di kalangan ahli
-Mengeratkan silatarrahim dan merapatkan persahabatan yg utuh dan mantap
-Menarik lebih ramai pemilik Proton Persona menyertai My Persona Style Community (MyPS)


Tentatif Program (cadangan-ubah suai bergantung pada jawatankuasa penganjur)
9.00 pg ahli JB dan sekitar berkumpul dan bergerak dari Petronas Pulai Perdana
9.35 pg berkumpul di hadapan Kolej Matrikulasi Pontian utk bersama ahli Pontian/ Muar/ Batu Pahat
10.00pg Konvoi bergerak ke Tanjung Piai-Penghujung Benua Asia
12.00 Melawat tempat menarik sekitar Pontian

cadangan lawatan sekitar Pontian
-Taman Rekreasi Rambah
-Muzium Bugis
-Pekan Pontian
-Masjid daerah

Pm; Mohd Faizal@ Kastelo 0167547987 (JB)
Amir 0127667400 (Pontian)

Thursday, December 2, 2010

My PERSONA STYLE merchandise

KEMEJA F1 (PRODUK TERBARU)

KEMEJA FI
HARGA: RM 60
Untuk tempahan hubungi ZACK 0179881978

OFFICIAL STICKER
HARGA: RM 15 X 2 (depan dan belakang)
Tempahan hubungi: CikguDeen 0167017134

MyPS T SHIRT
HARGA : RM 25
hubungi: CikguDeen

LIMITED CONVOY STICKER
HARGA: SPONSORED BY AL BAKRY
hubungi: CikguDeen

MyPS id NUMBER
HARGA: SPONSORED BY AL BAKRY

Tuesday, August 17, 2010

MAJLIS BERBUKA PUASA DAN RAMAH MESRA

Semua Personarian dari seluruh pelusuk alam dipelawa untuk hadir..

Tuesday, August 10, 2010

FACEBOOK My PERSONA STYLE COMMUNITY


SERTAI KEMERIAHAN DAN KEMESRAAN
KOMUNITI MyPS
DI LAMAN SOSIAL FACEBOOK

SELAIN PERKONGSIAN LEBIH BANYAK
PHOTO
VIDEO
DISCUSSION
DAN MENGETAHUI AKTIVITI MyPS TERKINI
KUNJUNGI

Monday, July 5, 2010

JEMPUTAN MyPS MENGIRINGI RAJA SEHARI



TARIKH: 11 JULAI 2010

TITAH BAKAL RAJA SEHARI DIPETIK DARI FACEBOOK MyPS
Kepada Semua TEAM MyPS yg ingin hadir sila berkumpul:-
> 12.15 ptg di MCd Taman Sutera, Skudai
> 1.30 ptg bergerak ke Kolej Perdana Rumah Tamu (U9)
> 1.50 ptg bergerak mengiringi pengantin dari Rumah Tamu ke Dewan Alumni UTM

> kereta pengantin Persona Wanvip
> tempat khas disediakan kepada semua persona yang mengiringi pengantin di dewan alumni UTM

Harap dapat menepati masa Tuan/Puan. Harap Maklum

Thursday, June 3, 2010

JEMPUTAN WALIMATUL URUS BETTY117 & AMAN


ALL MyPS TEAM ARE INVITED TO
AZREENA (BEETY117) & ABD RAHMAN (AMAN)
WEEDING CEREMONY

DATE: 12 JUN 2010 (SATURDAY)
TIME: 11AM-5AM
VENUE: N047, JALAN 10/11, PERJIRANAN 10,
81700 PASIR GUDANG, JB

Wednesday, April 21, 2010

MyPS Jemputan ke APRC & MRC Event

Salam dan selamat pagi,

Saya Mohd Sharel Bin Faiman,bagi pihak En Suhaimi (R3) ingin menjemput kelab My Pesona Style (MyPS) untuk bersama-sama memeriah lagi event APRC & MRC 10 yang berlangsung pada 23/4/2010 hingga 25/4/2010 bertempat di PARKING PLAZA ANGSANA dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 ptg.

Pihak R3 akan mengadakan pameran dan penerangan product (SATRIA NEO R3 LOTUS ,SATRIA NEO S2000)

Waktu yang di pilih bagi ahli kelab adalah ; AHAD JAM 12.00 TGHARI

Di harap pihak MyPS dapat memeriahkan lagi event tersebut.
Pihak R3 akan memberikan cenderahati berupa sticker kepada ahli kelab.
Jika terdapat apa-apa persoalan,bolehlah berhubung terus kepada saya di talian : 016-7565504

Tq and regards

Mohd Sharel Bin Faiman
Head Of SM Skudai

************************************
Tindakan semua Team MyPS dari seluruh pelusuk alam
Tempat berkumpul: Petronas Tampoi
Tarikh: 25 April 2010 (Ahad)
Masa: 11 Pagi
Dressup: Baju club/ hitam

Projek manager:
Faizal: 0167547987
Fazli: 0167271042

Sunday, April 11, 2010

Jemputan JOM centre Carnival

Sukacita dimaklumkan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor telah menjemput
My Persona Style Community (MyPS) ke majlis seperti yang berikut

Program: Karnival JOM Centre (Jumpa Orang Muda)
Anjuran: Kerajaan Negeri Johor dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan dan Kelab Kereta Pemuda Pasir Gudang
Tarikh: 18 April 2010(Ahad)
Tempat: Komplek Pusat Bandar Pasir Gudang
Perasmi: Dato' Shabery Cheek (Menteri Belia dan Sukan)

Antara xtvt:
-gathering kelab-kelab kereta
-Autoshow
-demo F1
-pertunjukan drif
-Pertujukan kereta kawalan jauh
-Persembahan ikon JOM-Zamani Slam dan PESAWAT
-lain2

Sehubungan dengan itu semua Team MyPS n friends dari seluruh pelusuk alam diminta bekerjasama untuk hadir untuk xtvt yang julungkalinya MyPS bersama menteri

Tempat berkumpul : Petronas selepas Kempas (highway Perling ke Pasir Gudang)
Tarikh : 18 April 2010
Masa : 9 pagi (SILA PATUHI MASA)
Pakaian : Baju kelab/ hitam

Sebarang pertanyaan sila hubungi
Castelo : 0167547987
Rasyid: 0127303043
Mosdi:0108848189


Wednesday, March 31, 2010

Surat Jemputan dari TJ MART


Monday, March 29, 2010

Pertemuan MyPS-TJ Mart

Pertemuaan antara wakil club dengan pengurusan TJ Mart bagi aktiviti bersama pada 4 April 2010

Tarikh: 27 Mac 2010(Ahad)
Masa: 11am
Tempat: pejabat TJ Mart
MyPS diwakili oleh:-
~Mohd DeentaRo
~Faizal @ Castello
~Mosdi
~BroAzmi

perkongsian hasil pertemuan MyPS-TJ Mart antaranya..
-kelab yang akan terlibat ialah
My Persona Style Comunity (MyPS)
Saga Club Malaysia(SCM)
G2N ~tiada maklum balas

-aktiviti yang dijalankan dari jam 12 tgh hari-5 petang
-TJ MArt menyediakan khemah, table dan PA system kepada setiap club.

Setiap kelab akan diberikan
~50 sijil
~50 beg guddies
~50 voucer RM5 dari KFC/Marrybrown/McD
~3 trofi (terpulang kepada club untuk anjurkan xtvt yg sesuai)
~banner sponsor dari TJ Mart

Thursday, March 25, 2010

JEMPUTAN KHAS TJ MART KULAI JAYA

XTVT MyPS BERSAMA TJ MART KULAI JAYA
TARIKH: 4 APRIL 2010 (AHAD)
MASA: 12 -5 PTG

TEMPAT BERKUMPUL: McD PETRONAS UTM
MASA:10 PAGI -KONVOI BERSAMA

PELBAGAI AKTIVITI MENARIK AKAN DIADAKAN DI TJ MART.

SEMUA PERSONARIAN DARI PELUSUK ALAM DIALUKAN HADIR

PM: ACID @ PERSONAJB~0127303043
FAIZAL@ CASTELO~0167547987

Saturday, March 13, 2010

Garis Panduan Berkonvoi,untuk perhatian semua..

GARIS PANDUAN KONVOI
My Persona Style Community (MyPS)

PENGENALAN
Memandu didalam konvoi adalah berbeza dengan memandu secara suka-suka dengan ada yang ingin menunjukkan cara pemanduan / skil yang mungkin membahayakan kerana ingin menunjuk-nunjuk kebolehan didepan rakan-rakan. Memandangkan kita berkonvoi dari jenis kenderaan yang sama, ini membuatkan kita akan menjadi perhatiap orang awam dan juga pihak berkuasa. Pemanduan yang selamat dan berhemah menjadi kunci bagi menjayakan konvoi.

KOMUNIKASI
Komunikasi radio adalah penting dalam sesebuah konvoi. Ini bagi memastikan bahawa keselamatan ahli dan sebarang maklumat kecemasan dan arahan terbaru dapat disampaikan kepada ahli oleh Pilot Car @ Control @ MarshalI yang bertugas.

Semasa berkonvoi, perbualan utama adalah antara kereta Zero, Pilot, Control, Last Car, Marshall & Group Leader. Walaubagaimanapun, ketika dilebuh raya, ahli dibenarkan berhubung sesama ahli bagi mengelakkan rasa bosan. Jika konvoi melalui kawasan bandar @ jalan yang mempunyai banyak persimpangan, perbualan antara ahli adalah DILARANG.

ETIKA SEMASA BERHUBUNG
DILARANG daripada menggunakan bahasa kesat semasa berhubung. Gunakan bahasa yang ringkas dan mudah difahami. Gunakan nada suara yang normal dan tidak terjerit-jerit.

Cara mudah bagi memanggil stesen adalah dengan memanggil nombor pengenalan mereka.... ( hanya untuk marshall, untuk ahli hanya guna nick sahaja)

“ 01... 01... 03 panggil.... masuk...”

atau

“ control kepada semua ahli... perhatian...”

PENGGUNAAN SIREN
Penggunaan alat tersebut hanyalah ketika perlu sahaja. Ahli TIDAK dibenarkan sama sekali menggunakan siren ketika berkonvoi kecuali jika diberitahu.

PENGHALANG JALAN (MARSHALL - HOT CAR)
Kepada sesiapa yang dilantik sebagai Hot Car (kereta penghalang) adalah dinasihatkan supaya berhati-hati ketika menjalankan tugas terutamanya semasa memotong / menutup jalan / simpang. Kaedah ini hanya digunakan apabila ahli konvoi terlalu ramai.

KELAJUAN
Kelajuan ketika konvoi telah ditetapkan antara 70-100km/j bergantung pada keadaan jalan / trafik. Hanya kereta Zero & Marshall atau yang dibenarkan sahaja boleh melebihi had tersebut. Sila pastikan jarak antara kereta semasa konvoi adalah antara 1 – 1 ½ kereta sahaja. Ini bagi memastikan bahawa konvoi tidak menjadi terlalu panjang dan akan mengambil masa yang lama untuk melepasi sesebuah tempat yang memerlukan Hot Car menutup jalan. Jangan segan memaklumkan kepada Marshall @ Pilot @ Control jika anda pertama kali atau kurang yakin memandu didalam konvoi bagi memudahkan pihak kami menyusun kedudukan anda di dalam konvoi agar pergerakan konvoi menjadi lebih lancar.

PENINJAU (MARSHALL – ZERO)
Tugas kereta Zero adalah untuk meninjau keadaan jalan beberapa minit lebih awal sebelum katibaan konvoi dan memaklumkan kepada Control & Pilot Car bagi menyesuaikan kelajuan konvoi.

PLAZA TOL / PERSIMPANGAN
Ketika menghampiri plaza tol atau persimpangan lampu isyarat, konvoi akan berpecah mengikut Group Leader masing-masing. Ini bagi memastikan proses pembayaran tol / melului simpang berjalan dengan lancar. Kaedah pembayaran adalah dalam bentuk TUNAI, hanya Zero & Marshall atau official sahaja diberi keutamaan menggunakan T&G @ Tag. Perubahan kaedah pembayaran akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

KETEPATAN MASA
Ketepatan masa adalah penting memandangkan kita bergerak dalam konvoi dan sebarang perubahan masa akan mempengaruhi keseluruhan program yang dirancangkan. waktu kecederaan adalah 10-15 minit sahaja. Bak kata pepatah, “lambat tinggal”. Sila hubungi kami jika anda lewat dan cuba untuk menyertai konvoi ditengah perjalanan dengan berada dihadapan Last Car.

MENYALAKAN LAMPU
Semasa waktu siang nyalakan lampu kecil dan lampu fog anda.
Semasa waktu malam nyalakan headlight dan fog light anda.
Ini akan memberitahu kepada pengguna yang lain apa yang terjadi.
Peserta lain dapat mengenali anda dengan menyalakan lampu serta tahu bahawa anda dalam konvoi yang sama.Ini memudahkan Jika salah seorang peserta konvoi dalam kecemasan (memberhentikan/memperlahankan kereta maka anda dapat melihat dan mengesahkan itu ada lah salah seorang peserta konvoi dengan menggunakan cermin sisi)

PERINGATAN
Jika berlaku sebarang kerosakan, kemalangan atau apa-apa masalah semasa konvoi, DILARANG sama sekali berhenti. Akan ada Marshall @ Sweeper @ Last car @ Hot car yang akan membantu. Ini bagi memastikan keselamatan konvoi dan juga bagi mengelakkan kesesakan lalulintas dan juga kemalangan yang tidak sepatutnya berlaku.

PENUTUP
Konvoi adalah satu aktiviti yang menyeronokkan, jika dilakukan dengan betul dan penuh kerjasama, ianya akan menjadi lebih bermakna bukan sahaja kepada semua ahli, orang awam juga akan mengagumi dan nama baik kelab kita akan terpelihara. “PANDU CERMAT JIWA SELAMAT”

Wednesday, March 10, 2010

MyPS Merchandise

Official sticker only RM20(front n back)

limited sticker MyPS Convoy Back To Nature sponsored by Al Bakry Printing

FOC ID sticker to official Members

Official MyPS banner sponsored by Al Bakry Printing

Official MyPS T shirt only RM20/pc

Produk MyPS boleh diperolehi di setiap perjumpaan kelab
Aktifkan dirimu bersama MyPS

Wednesday, March 3, 2010

NEW BANNER AND ROAD TAX STICKER

Sukacita dimaklumkan, Syarikat Al Bakry Printing sekali lagi sudi menaja aktiviti My Persona Style Community. Buat kali ini, Al Bakry Printing sudi menaja sebuah banner baru bagi mengganti banner yang lama. Al Bakry Printing juga akan menaja road tax sticker khas untuk aktiviti Southern Konvoi Back To Nature ke Gunung Ledang yang akan diadakan pada 14 Mac 2010.
Berikut adalah contoh design yang cadangkan oleh pihak Al Bakry Printing


contoh Banner~


contoh road tax sticker khas Konvoi Back To Nature-

cetakan terhad untuk peserta konvoi.
kepada Al Bakry Printing
thanks you
I love U
dari kami My Persona Style Community

Monday, February 8, 2010

MyPS Sponsored

Syukur Alhamdulillah pihak AlBakry Printing telah bersetuju untuk menjadi salah satu penaja MyPS. Al Bakry Printing merupakan syarikat bumiputera yang dimiliki oleh Cikgu Hishamuddin Albakry. Beliau memiliki rangkaian perniagaan yang meliputi kedai dobi, tuisyen, cetakan baju dan cenderahati serta alat komunikasi.
Buat masa ini AlBakry Printing telah menaja sticker MyPS dan mencetak baju MyPS dengan tawaran harga yang berpatutan. Al Bakry Printing juga bersedia untuk menaja aktiviti MyPS akan datang.

Sunday, December 20, 2009

Sejarah My PERSONA STYLE COMMUNITY (MyPS)


My Persona Style Community (MyPS) bermula di Johor Bahru. Ia ditubuhkan secara tidak rasmi pada November 2008 oleh sekumpulan kecil yang dianggotai oleh beberapa orang ahli dengan tujuan untuk mengumpul para pemilik Proton Persona bermatlamat memartabatkan kekeluargaan dan persahabatan didalam club. MyPS telah berjaya didaftarkan di Kementerian Belia dan Sukan pada 16 Mei 2009 dengan nama Kelab Rekreasi Bermotor MyPS.

MyPS diasaskan oleh tiga orang sahabat iaitu sdr L-my@genx, cekgu Deen@sicekgutaRo dan A-cid@PersonaJB. Semenjak itu MyPS terus berkembang dari masa ke semasa di sekitar negeri Johor. Selain daripada menerima keahlian sekitar Johor, MyPS juga menerima ahli yang datang dari luar seperti Melaka dan Kuala Lumpur dengan pelbagai peringkat umur dan latar belakang.

Pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang tempoh penubuhannya antaranya konvoi perkahwinan, majlis kesyukuran, pertandingan bowling, futsal, paintball, konvoi ke Teluk Buih Mersing, Jelajah Pontian, Program Back to Nature dan progran kerjasama dengan kelab-kelab lain.

MyPS juga memiliki kedai panel sendiri iaitu Al Bakry Printing dan Vision 3 Accesories. Selain itu MyPS juga pernah bekerjasama dengan majalah permotoran seperti KERETA, GILA KERETA, OTOMANIA dan KAR HIFI.

Alhamdulillah, sepanjang penubuhan MyPS yang singkat ini, MyPS tidak lari diduga dengan berbagai cobaan serta cabaran, namun kerana sayangnya MyPS dikalangan ahli-ahli yang berkualiti, ahli kelab membuktikan MyPS mampu bertahan selama tempoh ini. Insyallah, andai diizinkan Allah s.w.t. MyPS akan mula mengorak langkah dengan menambah keahlian dari seluruh Malaysia. Semoga MyPS akan terus maju dan maju ke hadapan.

~MyPS~
KELAB YANG MEMARTABATKAN KEKELUARGAAN DAN PERSAHABATAN

DEMI KESELAMATAN


Blogg Ke Dua ini di bina jika Blogg utama

http://mypersonastyle.proboards.com/

Di Hapuskan oleh Pihak Tidak Bertanggungjawab