My Persona Style Community (MyPS)ditubuhkan atas dasar berkongsi minat yang mendalam dalam arena permotoran khasnya kepada pemilik Proton Persona. MyPS ini lebih kepada aktiviti rekreasi dan berkumpul sesama ahli untuk bertukar-tukar pendapat.

Blog ini dibangunkan sebagai satu wadah untuk berkongsi pengalaman dan membantu ahli untuk mendapatkan info-info terkini. Semoga kewujudan MyPS ini dapat memberi manfaat yang sewajarnya kepada semua dan menghindari dari gejala-gejala yang tidak sihat.

Kepada yang ingin menyumbang artikel, gambar emailkan ke kelabmyps@yahoo.com.my

Sebarang pertanyaan, jemputan, kerjasama kelab boleh menghubungi CheguDeen 016701713 atau sdr Rasyid Stylo 012730304



MyPS~It's Evolution Style

Memartabatkan Kekeluargaan dan Persahabatan

Semua team MyPS n Friends sila beri sokongan untuk xtvt yang berikut~

Semua team MyPS n Friends sila beri sokongan untuk xtvt yang berikut~

My PERSONA STYLE CALENDAR

Saturday, March 13, 2010

Garis Panduan Berkonvoi,untuk perhatian semua..

GARIS PANDUAN KONVOI
My Persona Style Community (MyPS)

PENGENALAN
Memandu didalam konvoi adalah berbeza dengan memandu secara suka-suka dengan ada yang ingin menunjukkan cara pemanduan / skil yang mungkin membahayakan kerana ingin menunjuk-nunjuk kebolehan didepan rakan-rakan. Memandangkan kita berkonvoi dari jenis kenderaan yang sama, ini membuatkan kita akan menjadi perhatiap orang awam dan juga pihak berkuasa. Pemanduan yang selamat dan berhemah menjadi kunci bagi menjayakan konvoi.

KOMUNIKASI
Komunikasi radio adalah penting dalam sesebuah konvoi. Ini bagi memastikan bahawa keselamatan ahli dan sebarang maklumat kecemasan dan arahan terbaru dapat disampaikan kepada ahli oleh Pilot Car @ Control @ MarshalI yang bertugas.

Semasa berkonvoi, perbualan utama adalah antara kereta Zero, Pilot, Control, Last Car, Marshall & Group Leader. Walaubagaimanapun, ketika dilebuh raya, ahli dibenarkan berhubung sesama ahli bagi mengelakkan rasa bosan. Jika konvoi melalui kawasan bandar @ jalan yang mempunyai banyak persimpangan, perbualan antara ahli adalah DILARANG.

ETIKA SEMASA BERHUBUNG
DILARANG daripada menggunakan bahasa kesat semasa berhubung. Gunakan bahasa yang ringkas dan mudah difahami. Gunakan nada suara yang normal dan tidak terjerit-jerit.

Cara mudah bagi memanggil stesen adalah dengan memanggil nombor pengenalan mereka.... ( hanya untuk marshall, untuk ahli hanya guna nick sahaja)

“ 01... 01... 03 panggil.... masuk...”

atau

“ control kepada semua ahli... perhatian...”

PENGGUNAAN SIREN
Penggunaan alat tersebut hanyalah ketika perlu sahaja. Ahli TIDAK dibenarkan sama sekali menggunakan siren ketika berkonvoi kecuali jika diberitahu.

PENGHALANG JALAN (MARSHALL - HOT CAR)
Kepada sesiapa yang dilantik sebagai Hot Car (kereta penghalang) adalah dinasihatkan supaya berhati-hati ketika menjalankan tugas terutamanya semasa memotong / menutup jalan / simpang. Kaedah ini hanya digunakan apabila ahli konvoi terlalu ramai.

KELAJUAN
Kelajuan ketika konvoi telah ditetapkan antara 70-100km/j bergantung pada keadaan jalan / trafik. Hanya kereta Zero & Marshall atau yang dibenarkan sahaja boleh melebihi had tersebut. Sila pastikan jarak antara kereta semasa konvoi adalah antara 1 – 1 ½ kereta sahaja. Ini bagi memastikan bahawa konvoi tidak menjadi terlalu panjang dan akan mengambil masa yang lama untuk melepasi sesebuah tempat yang memerlukan Hot Car menutup jalan. Jangan segan memaklumkan kepada Marshall @ Pilot @ Control jika anda pertama kali atau kurang yakin memandu didalam konvoi bagi memudahkan pihak kami menyusun kedudukan anda di dalam konvoi agar pergerakan konvoi menjadi lebih lancar.

PENINJAU (MARSHALL – ZERO)
Tugas kereta Zero adalah untuk meninjau keadaan jalan beberapa minit lebih awal sebelum katibaan konvoi dan memaklumkan kepada Control & Pilot Car bagi menyesuaikan kelajuan konvoi.

PLAZA TOL / PERSIMPANGAN
Ketika menghampiri plaza tol atau persimpangan lampu isyarat, konvoi akan berpecah mengikut Group Leader masing-masing. Ini bagi memastikan proses pembayaran tol / melului simpang berjalan dengan lancar. Kaedah pembayaran adalah dalam bentuk TUNAI, hanya Zero & Marshall atau official sahaja diberi keutamaan menggunakan T&G @ Tag. Perubahan kaedah pembayaran akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

KETEPATAN MASA
Ketepatan masa adalah penting memandangkan kita bergerak dalam konvoi dan sebarang perubahan masa akan mempengaruhi keseluruhan program yang dirancangkan. waktu kecederaan adalah 10-15 minit sahaja. Bak kata pepatah, “lambat tinggal”. Sila hubungi kami jika anda lewat dan cuba untuk menyertai konvoi ditengah perjalanan dengan berada dihadapan Last Car.

MENYALAKAN LAMPU
Semasa waktu siang nyalakan lampu kecil dan lampu fog anda.
Semasa waktu malam nyalakan headlight dan fog light anda.
Ini akan memberitahu kepada pengguna yang lain apa yang terjadi.
Peserta lain dapat mengenali anda dengan menyalakan lampu serta tahu bahawa anda dalam konvoi yang sama.Ini memudahkan Jika salah seorang peserta konvoi dalam kecemasan (memberhentikan/memperlahankan kereta maka anda dapat melihat dan mengesahkan itu ada lah salah seorang peserta konvoi dengan menggunakan cermin sisi)

PERINGATAN
Jika berlaku sebarang kerosakan, kemalangan atau apa-apa masalah semasa konvoi, DILARANG sama sekali berhenti. Akan ada Marshall @ Sweeper @ Last car @ Hot car yang akan membantu. Ini bagi memastikan keselamatan konvoi dan juga bagi mengelakkan kesesakan lalulintas dan juga kemalangan yang tidak sepatutnya berlaku.

PENUTUP
Konvoi adalah satu aktiviti yang menyeronokkan, jika dilakukan dengan betul dan penuh kerjasama, ianya akan menjadi lebih bermakna bukan sahaja kepada semua ahli, orang awam juga akan mengagumi dan nama baik kelab kita akan terpelihara. “PANDU CERMAT JIWA SELAMAT”

No comments:

Post a Comment