My Persona Style Community (MyPS)ditubuhkan atas dasar berkongsi minat yang mendalam dalam arena permotoran khasnya kepada pemilik Proton Persona. MyPS ini lebih kepada aktiviti rekreasi dan berkumpul sesama ahli untuk bertukar-tukar pendapat.

Blog ini dibangunkan sebagai satu wadah untuk berkongsi pengalaman dan membantu ahli untuk mendapatkan info-info terkini. Semoga kewujudan MyPS ini dapat memberi manfaat yang sewajarnya kepada semua dan menghindari dari gejala-gejala yang tidak sihat.

Kepada yang ingin menyumbang artikel, gambar emailkan ke kelabmyps@yahoo.com.my

Sebarang pertanyaan, jemputan, kerjasama kelab boleh menghubungi CheguDeen 016701713 atau sdr Rasyid Stylo 012730304



MyPS~It's Evolution Style

Memartabatkan Kekeluargaan dan Persahabatan

Semua team MyPS n Friends sila beri sokongan untuk xtvt yang berikut~

Semua team MyPS n Friends sila beri sokongan untuk xtvt yang berikut~

My PERSONA STYLE CALENDAR

Monday, March 15, 2010

REPORT: MyPS Southern Convoy Back To Nature~Gunung Ledang

14 Mac 2010-MyPS Southern Convoy Back To Nature telah dijalankan dengan penyertaan lebih dari 17 buah Persona yg membawa keluarga ahli-ahli MyPS. Turut terlibat dalam convoy ini geng2 TPC Muar yang diketuai oleh saudara H3. Aktiviti bermula dari pertemuan di ceck point pertama pada jam 7.30 pagi. Seterusnya ke ceck point kedua di RnR Simpang Renggam untuk bersama team MyPS dari Pontian. Convoy MyPS tiba di Tangkak pada jam 10 pagi dan di disambut oleh geng MyPS Muar dan TPC Muar.
Perjalanan lancar hasil kerjasama semua ahli dan dibantu oleh Marshall2 dari MyPS dan TPC membuat perjalanan tiba ke destinasi mengikut waktu yang telah dirancangkan. Aktiviti yang dijalankan di Gunung Ledang adalah sesi potlak, mandi manda dan sukaneka. Manakala geng2 lelaki menyahut cabaran mendaki ke puncak Gunung Ledang.
Selesai aktiviti utama di Gunung Ledang, konvoi MyPS bergerak ke Masjid Jamek Tangkak untuk membersihkan diri dan menunaikan solat. Konvoi seterusnya bergerak ke taman monyet di Tanjung Emas untuk melihat gelagat monyet2 jinak. Pada jam 6 petang, Konvoi MyPS menuju ke dataran tanjung Emas untuk sesi bergambar kenang-kenangan. Sebelum pulang geng2 MyPS terlebih dahulu singgah pekena mee bandung Muar di bangunan MARA menghadap anak sungai Muar..
Syarikat Al Bakry Printing telah menaja sticker limited MyPS Southern Convoy Back To Nature pada kali ini... yerggggh!



MyPS MEMARTABATKAN KEKELUARGAAN DAN PERSAHABATAN

2 comments: