My Persona Style Community (MyPS)ditubuhkan atas dasar berkongsi minat yang mendalam dalam arena permotoran khasnya kepada pemilik Proton Persona. MyPS ini lebih kepada aktiviti rekreasi dan berkumpul sesama ahli untuk bertukar-tukar pendapat.

Blog ini dibangunkan sebagai satu wadah untuk berkongsi pengalaman dan membantu ahli untuk mendapatkan info-info terkini. Semoga kewujudan MyPS ini dapat memberi manfaat yang sewajarnya kepada semua dan menghindari dari gejala-gejala yang tidak sihat.

Kepada yang ingin menyumbang artikel, gambar emailkan ke kelabmyps@yahoo.com.my

Sebarang pertanyaan, jemputan, kerjasama kelab boleh menghubungi CheguDeen 016701713 atau sdr Rasyid Stylo 012730304



MyPS~It's Evolution Style

Memartabatkan Kekeluargaan dan Persahabatan

Semua team MyPS n Friends sila beri sokongan untuk xtvt yang berikut~

Semua team MyPS n Friends sila beri sokongan untuk xtvt yang berikut~

My PERSONA STYLE CALENDAR

Sunday, December 20, 2009

Sejarah My PERSONA STYLE COMMUNITY (MyPS)


My Persona Style Community (MyPS) bermula di Johor Bahru. Ia ditubuhkan secara tidak rasmi pada November 2008 oleh sekumpulan kecil yang dianggotai oleh beberapa orang ahli dengan tujuan untuk mengumpul para pemilik Proton Persona bermatlamat memartabatkan kekeluargaan dan persahabatan didalam club. MyPS telah berjaya didaftarkan di Kementerian Belia dan Sukan pada 16 Mei 2009 dengan nama Kelab Rekreasi Bermotor MyPS.

MyPS diasaskan oleh tiga orang sahabat iaitu sdr L-my@genx, cekgu Deen@sicekgutaRo dan A-cid@PersonaJB. Semenjak itu MyPS terus berkembang dari masa ke semasa di sekitar negeri Johor. Selain daripada menerima keahlian sekitar Johor, MyPS juga menerima ahli yang datang dari luar seperti Melaka dan Kuala Lumpur dengan pelbagai peringkat umur dan latar belakang.

Pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang tempoh penubuhannya antaranya konvoi perkahwinan, majlis kesyukuran, pertandingan bowling, futsal, paintball, konvoi ke Teluk Buih Mersing, Jelajah Pontian, Program Back to Nature dan progran kerjasama dengan kelab-kelab lain.

MyPS juga memiliki kedai panel sendiri iaitu Al Bakry Printing dan Vision 3 Accesories. Selain itu MyPS juga pernah bekerjasama dengan majalah permotoran seperti KERETA, GILA KERETA, OTOMANIA dan KAR HIFI.

Alhamdulillah, sepanjang penubuhan MyPS yang singkat ini, MyPS tidak lari diduga dengan berbagai cobaan serta cabaran, namun kerana sayangnya MyPS dikalangan ahli-ahli yang berkualiti, ahli kelab membuktikan MyPS mampu bertahan selama tempoh ini. Insyallah, andai diizinkan Allah s.w.t. MyPS akan mula mengorak langkah dengan menambah keahlian dari seluruh Malaysia. Semoga MyPS akan terus maju dan maju ke hadapan.

~MyPS~
KELAB YANG MEMARTABATKAN KEKELUARGAAN DAN PERSAHABATAN

No comments:

Post a Comment